『Malaysia,马来西亚』 6 Penipuan, Penipuan Pelaburan, Sindiket, Tipu Pelaburan, Antipemerdagangan Orang, pelaburan kripto, pusat panggilan, pemerdagangan manusia 2024.7.23-8.31

2024.8.31 Op Pintas Mega selamatkan 137 warga asing termasuk kanak-kanak
Kuala Lumpur: Seramai 137 warga asing termasuk kanak-kanak diselamatkan menerusi Op Pintas Mega dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga Ogos ini.
Operasi dijalankan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman itu turut bertindak menahan 398 individu.
Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, operasi banteras jenayah pemerdagangan orang secara holistik tahun ini dibuat di seluruh negara menerusi dua fasa.
Menurutnya, fasa pertama pada Januari berjaya melaksanakan 42 serbuan dan menahan 285 individu membabitkan tempatan dan asing.
“Seramai 64 mangsa telah diselamatkan terdiri daripada 12 lelaki dan 22 wanita selain 10 kanak-kanak lelaki serta 20 kanak-kanak perempuan.
“Fasa kedua pada Jun lalu pula merekodkan 33 serbuan dengan 113 tangkapan warga tempatan dan asing,” katanya ketika dihubungi.
Suffian berkata, polis menyelamatkan 73 individu iaitu 25 lelaki, 26 wanita serta 22 kanak-kanak lelaki.
Mengulas mengenai status semua warganegara mangsa diselamatkan, beliau berkata, warga Myanmar adalah paling ramai diselamatkan iaitu 35 individu diikuti Thailand (25) dan Indonesia (23).
“Selebihnya membabitkan Bangladesh (17), Filipina (9), Malaysia (8), Kemboja, Vietnam dan China masing-masing lima orang, etnik Rohingya (3) serta dua Nepal,”katanya.
Katanya, operasi secara bersepadu melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pihak berkuasa tempatan ini menyasar premis kilang, ladang, perikanan, sektor perkhidmatan dan pengemis.
“PDRM tidak berkompromi dengan jenayah pemerdagangan orang dan akan mengambil tindakan undang-undang termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA),”katanya.

Polis selamatkan 137 warga asing daripada jadi mangsa pemerdagangan

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong.

KUALA LUMPUR: Seramai 137 warga asing termasuk kanak-kanak diselamatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada menjadi mangsa pemerdagangan menerusi Op Pintas Mega sehingga Ogos ini.

Sepanjang tempoh itu menerusi operasi yang dilakukan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, seramai 398 individu turut ditahan.

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata operasi banteras jenayah pemerdagangan manusia secara holistik itu bagi tahun ini dibuat di seluruh negara menerusi dua fasa.

Katanya, fasa pertama pada Januari membabitkan 42 serbuan dan penahanan 285 individu merangkumi rakyat tempatan dan asing.

“Pada fasa pertama, seramai 64 mangsa diselamatkan terdiri daripada 12 lelaki dan 22 wanita selain 10 kanak-kanak lelaki serta 20 kanak-kanak perempuan.

“Fasa kedua pada Jun lalu pula merekodkan 33 serbuan dengan 113 tangkapan warga tempatan dan asing. Selain itu, kita juga berjaya menyelamatkan 73 individu iaitu 25 lelaki, 26 wanita serta 22 kanak-kanak lelaki,” katanya ketika dihubungi.

Mengenai status semua mangsa yang berjaya diselamatkan, Soffian berkata warga Myanmar paling ramai iaitu 35 individu, diikuti Thailand (25) dan Indonesia (23).

Katanya, selebihnya membabitkan Bangladesh (17), Filipina (9), Malaysia (8), Kemboja, Vietnam dan China masing-masing lima orang, etnik Rohingya (3) serta dua Nepal.

“Operasi secara bersepadu ini membabitkan Jabatan Imigresen, Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Alam Sekitar, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pihak berkuasa tempatan. Ia menyasarkan premis kilang, ladang, perikanan, sektor perkhidmatan dan pengemis.

“PDRM tidak berkompromi dengan jenayah pemerdagangan manusia dan akan mengambil tindakan undang-undang termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA),” katanya.

137 warga asing termasuk kanak-kanak mangsa pemerdagangan diselamat

D3 JSJ Bukit Aman menggempur kilang dan menahan pekerja asing menerusi Op Pintas Mega.

KUALA LUMPUR – Op Pintas Mega bagi membanteras jenayah pemerdagangan orang yang dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelamatkan 137 warga asing termasuk kanak-kanak yang menjadi mangsa eksploitasi buruh.

Operasi yang dijalankan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman itu turut bertindak menahan 398 individu.

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, operasi banteras jenayah pemerdagangan orang secara holistik tahun ini dibuat di seluruh negara menerusi dua fasa.

Menurutnya, fasa pertama pada Januari berjaya melaksanakan 42 serbuan dan menahan 285 individu membabitkan warga tempatan dan asing.

“Seramai 64 mangsa diselamatkan terdiri daripada 12 lelaki dan 22 wanita selain 10 kanak-kanak lelaki serta 20 kanak-kanak perempuan,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Tambah Soffian, fasa kedua pada Jun lalu pula merekodkan 33 serbuan dengan 113 tangkapan warga tempatan dan asing.

Katanya, polis menyelamatkan 73 individu iaitu 25 lelaki, 26 wanita serta 22 kanak-kanak lelaki.

D3 JSJ Bukit Aman ketika melaksanakan Op Pintas Mega tahun ini.

Mengulas mengenai status kesemua warganegara mangsa yang diselamatkan, beliau berkata, paling ramai ialah warga Myanmar iaitu 35 orang diikuti Thailand (25 orang) dan Indonesia (23 orang).

“Selebihnya membabitkan Bangladesh (17 orang), Filipina (9 orang), Malaysia (8 orang), Kemboja, Vietnam dan China masing-masing lima orang, etnik Rohingya (3 orang) serta dua Nepal,” ujarnya.

Jelasnya, operasi secara bersepadu melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pihak berkuasa tempatan ini menyasarkan premis kilang, ladang, perikanan, sektor perkhidmatan dan pengemis.

Tegas Soffian, PDRM tidak berkompromi dengan jenayah pemerdagangan orang dan akan mengambil tindakan undang-undang termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

PDRM siasat dakwaan Datuk Mashitah terlibat pemerdagangan manusia

Saifuddin Nasution (kanan) beramah-mesra dengan salah seorang penduduk pada program Mekar di Kampung Baru Pulau Redang, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan ke atas Datuk Dr. Mashitah Ibrahim yang didakwa terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, PDRM diberikan sepenuh kepercayaan untuk menyiasat bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berhubung kes tersebut.

“Aduan (laporan) sudah dibuat dan PDRM juga membuka kertas siasatan. Jadi biar proses (siasatan) itu berjalan dahulu.

“Tidak perlu timbulkan spekulasi, saya serahkan kepada profesionalisme PDRM untuk menyiasat dakwaan berkenaan,” katanya ketika ditemui pada program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) di Kampung Baru Pulau Redang di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Saifuddin Nasution mengakui jenayah rentas sempadan antara negara-negara Asia Tenggara amat membimbangkan.

“Semua negara (ASEAN) mengakui ‘trend’ jenayah rentas sempadan meningkat termasuk kes pemerdagangan manusia. Kita juga bersetuju berkongsi maklumat perisikan bagi membanteras jenayah rentas sempadan daripada terus berleluasa,” katanya.

Kes pemerdagangan manusia libat ahli politik: Polis kesan Datuk Seri

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Polis sedang mengesan seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia di Myanmar yang turut mengaitkan pembabitan seorang ahli politik dan suaminya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, setakat ini pihaknya sudah mengambil keterangan daripada tiga individu termasuk ahli politik itu dan suaminya.

“Kita sedang kesan seorang lagi individu untuk dirakam percakapan selain turut memanggil tiga penulis artikel dalam kes itu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada 28 Ogos lepas media melaporkan seorang ahli politik yang juga bekas timbalan menteri dipercayai terlibat aktif dengan menjadi dalang kepada kumpulan sindiket pemerdagangan manusia antarabangsa beroperasi di Myanmar.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusian Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim dilaporkan berkata wanita itu bersama suaminya turut memegang jawatan penting selaku pengerusi keselamatan sebuah syarikat dan difahamkan terbabit pada awal 2020.

Baru-baru ini tular sebuah video pembongkaran sindiket itu di Myanmar menerusi YouTube yang diterbitkan di Indonesia, kerana ramai rakyat Indonesia telah menjadi mangsa sindiket terbabit yang secara terangan terlibat dalam aktiviti jenayah pemerdagangan manusia termasuklah melakukan paksaan, penyiksaan, penjualan organ manusia serta jenayah membunuh.

马国严打人口贩卖救出137受害者

马来西亚首相署前副部长玛西达(右二)否认与缅甸人口贩卖团伙关系密切,并于8月29日前往武吉阿曼警察总部报案自证清白。(取自玛西达脸书)

(吉隆坡综合讯)马来西亚警方今年上半年多次展开大规模打击人口贩卖行动,救出137人,其中大部分是外籍人士,包括52名遭受剥削的童工。

马国武吉阿曼警察总部刑事罪案调查局反贩卖人口组副总监苏菲安,星期六(8月31日)发声明说,获救的受害者以缅甸人居多,共35人,其余分别是25名泰国人、23名印度尼西亚人、17名孟加拉人、九名菲律宾人、八名马国人、五名柬埔寨人、五名越南人、五名中国人、三名罗兴亚人及两名尼泊尔人。

他说,警方与移民局、劳工局、环境局、国家能源公司及地方当局等机构合作,分别在1月和6月展开两个阶段共75次取缔行动,突击搜查全马各地多家工厂、农场、园丘、养鱼场等,救出上述受害者,并逮捕了398名涉案的马国籍和外籍人士。

苏菲安强调,警方绝不故息与人口贩卖有关的不法活动,必将严惩涉案者,包括援引《2012年国家安全罪行(特别措施)法令》调查及对付他们。

前副部长被指 涉及人口贩卖活动

另一方面,马国国际人道主义组织日前向反贪污委员会举报,首相署前副部长玛西达与缅甸人口贩卖团伙有关联,反贪会和警方已立案调查。

马国警察总长拉扎鲁丁受询时证实,警方早在今年7月就已接获投报,指玛西达和她的丈夫涉嫌参与在缅甸的人口贩卖活动。警方当时已传召他们录口供。

拉扎鲁丁星期天(9月1日)说,此案仍在调查中,警方正在寻找一名拥有拿督斯里头衔的人协助调查。“警方至今已向三人录供,包括被指涉案的政治人物和她的伴侣。我们也在找另一人,还会传召三名撰写与案件有关的文章的作者问话。”

马国国际人道主义组织总秘书希桑慕丁,上星期要求反贪会调查一名涉嫌参与缅甸人口贩卖活动的前副部长。希桑慕丁当时没有点名,只说涉案的是前首相纳吉执政时期的首相署副部长。

希桑慕丁说,根据网上近期流传揭露缅甸人口贩卖团伙的视频,以及缅甸媒体和非政府组织的报道,这名前副部长和她的丈夫与缅甸的人口贩卖团伙关系密切。

网民根据网上视频线索发现,这名前副部长就是玛西达。不过,玛西达否认指控,并报警自证清白,同时表明将对诽谤她的人采取法律行动。

玛西达曾在2004年大选时当选吉打州华玲区国会议员,2008年至2014年间受委上议员,出任首相署副部长。

2024.8.28 Polis menumpaskan kegiatan pusat panggilan penipuan pelaburan mata wang kripto yang dipercayai menyasarkan warga Jepun menerusi serbuan berasingan di dua premis kediaman mewah di ibu negara.
Hasil serbuan pada 19 Ogos lepas, 21 individu berusia lingkungan 22 hingga 37 tahun ditahan terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan, 16 lelaki dan seorang wanita warga China; seorang wanita Laos serta masing-masing seorang lelaki Hong Kong dan Myanmar.

Penipuan pelaburan kripto sasar warga Jepun tumpas, 21 individu ditahan

KUALA LUMPUR – Polis menumpaskan kegiatan pusat panggilan penipuan pelaburan mata wang kripto yang dipercayai menyasarkan warga Jepun menerusi serbuan berasingan di dua premis kediaman mewah di ibu negara.

Hasil serbuan pada 19 Ogos lepas, 21 individu berusia lingkungan 22 hingga 37 tahun ditahan terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan, 16 lelaki dan seorang wanita warga China; seorang wanita Laos serta masing-masing seorang lelaki Hong Kong dan Myanmar.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kesemua suspek warga asing dipercayai berperanan sebagai pekerja khidmat pelanggan di pusat panggilan itu, manakala suspek warga tempatan menjadi penjaga pusat berkenaan.

“Berdasarkan siasatan, pusat panggilan ini baru memulakan operasi sebulan dan sindiket menggunakan banglo mewah yang mempunyai dua lapisan pagar tinggi dan terletak jauh dari jalan utama sebagai pusat operasi bagi menyembunyikan kegiatan mereka daripada pihak berkuasa.

“Mereka yang ditahan berperanan mencari mangsa melalui media sosial seperti Tinder dan mangsa yang terpedaya akan diajak melabur melalui aplikasi Bitbank dan CoinCheck,” katanya dalam sidang media di sini pada Rabu.

Menurut Ramli, siasatan mendapati ahli sindiket masuk ke Malaysia menerusi Pas Lawatan Sosial dan kesemua mereka menerima gaji dalam bentuk komisen iaitu 20 peratus daripada wang yang berjaya ditipu.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas antaranya 17 set komputer, 55 telefon bimbit pelbagai jenama dan sebuah router.

“Individu warga tempatan yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis pada 25 Ogos lepas setelah tempoh reman ke atasnya tamat. Manakala 20 individu yang lain menjalani tahanan reman di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya menambah kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau menegaskan apa jua bentuk tawaran pelaburan melalui platform media sosial perlu dianggap sebagai penipuan dan orang ramai dinasihat melakukan pelaburan menerusi skim yang diiktiraf badan-badan penguatkuasa pelaburan di negara ini seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bank Negara Malaysia. – Bernama

JSJK serbu pusat panggilan penipuan mata wang kripto, 21 individu ditahan
28 Ogos 2024, 2:38pm

KUALA LUMPUR: Seramai 21 individu ditahan apabila pusat panggilan penipuan mata wang kripto yang beroperasi di dua kediaman banglo mewah di ibu negara diserbu Bukit Aman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata seorang daripada 21 orang itu merupakan warga tempatan.

Katanya, 17 daripada individu ditahan merupakan warga China manakala selebihnya dari Hong Kong, Laos dan Myanmar.

Kesemua suspek berusia antara 22 hingga 37 tahun dan dipercayai bekerja sebagai ejen perkhidmatan pelanggan pusat panggilan berkenaan.

“Kesemua warga asing yang ditahan dipercayai berperanan sebagai pekerja khidmat pelanggan di pusat panggilan terbabit.

“Manakala seorang warga tempatan ditahan adalah berperanan sebagai penjaga atau ‘runner’ di pusat tersebut,” katanya dalam satu sidang media di pejabat JSJK di sini hari ini.

Individu yang ditahan berperanan mencari mangsa melalui media sosial seperto Tinder dan 9monster.

Mangsa yang terpedaya kemudian diajak untuk melabur melalui aplikasi Bitbank dan CoinCheck.

“Sasaran sindiket ini adalah mangsa dalam kalangan warga Jepun,” katanya.

Siasatan mendapati pusat panggilan berkenaan baru memulakan operasi kurang dari sebulan.

Ahli sindiket terbabit masuk ke Malaysia menggunakan Pas Lawatan Sosial dan dibayar gaji dalam bentuk komisen iaitu sebanyak 20 peratus daripada wang yang berjaya ditipu.

Mengulas mengenai kediaman sindiket berkenaan, ia digunakan kerana mempunyai dua lapisan pagar tinggi dan terletak jauh dari jalan utama bagi menyembunyikan kegiatan mereka daripada diketahui pihak berkuasa.

警捣破诈骗集团呼叫中心 捕21名本地与外籍男女

(吉隆坡28日讯) 警方突袭隆市两间独立式洋房,捣破加密货币诈骗集团的呼叫中心,逮捕21名本地与外籍男女归案。

武吉安曼商业罪案调查部总监拿督斯里南利记者会表示,警方于本月19日根据可靠线索,拉队前往隆市两间独立式洋房展开取缔行动,当场逮捕一名本地男子、16名中国男子、一名中国女子、一名香港男子、一名寮国女子和一名缅甸男子归案。

他说,所有嫌犯年龄介于22岁至37岁,是通过社交平台如Tinder 和 9monster 寻找受害者,诱骗他们下载两款应用程式Bitbank 和 CoinCheck 来投资加密货币。

“警方调查发现诈骗对象都是日本人,诈骗成员可从目标人物的投资金额中,抽取20%款项作为佣金。”

南利表示,诈骗集团所租下的洋房保安极为森严,屋子和篱笆门有一段距离,且房子左右都有很高的围墙,警方难以靠近对目标地点展开调查,加剧调查难度。

他透露,警方调查相信呼叫中心自上个月开始运作,现援引刑事法典第420条文和1959/63年移民局法令对案件展开调查,至于该名本地嫌犯在25日延扣届满后获准保释外出。

2024.8.16 Polis menahan 11 ahli sindiket penipuan tawaran pekerjaan tidak wujud termasuk seorang wanita hamil dalam serbuan di dua rumah teres yang dijadikan pusat panggilan di Taiping.

‘Calling center’ tipu orang Malaysia, Singapura diserbu

AZIZI (tiga dari kanan) menunjukkan sebahagian barang yang dirampas dalam serbuan di dua rumah yang dijadikan pusat panggilan penipuan pekerjaan tidak wujud di Taiping, kelmarin.

IPOH – Polis menumpaskan operasi pusat panggilan yang menjalankan kegiatan penipuan tawaran pekerjaan tidak wujud selepas menyerbu dua buah rumah di Taiping, kelmarin.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, seramai 11 individu termasuk empat wanita tempatan berusia 21 hingga 26 tahun ditahan dalam serbuan pada pukul 1.30 tengah hari itu.

Katanya, sindiket yang menjalankan penipuan secara dalam talian itu dengan menyasarkan mangsa dari Malaysia dan Singapura.

“Sindiket dipercayai menjalankan aktiviti penipuan tawaran pekerjaan tidak wujud melalui media sosial sejak dua minggu lalu.

“Semua yang ditahan termasuk seorang wanita hamil berperanan sebagai pegawai khidmat pelanggan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Dalam serbuan itu, polis merampas tujuh unit komputer riba, 35 unit telefon bimbit, 98 keping kad mesin juruwang automatik (ATM), barang kemas, kenderaan, wang RM1,600 dan seutas jam tangan dengan nilai keseluruhan RM500,000.

“Dengan tertangkapnya ahli sindiket ini, kita percaya telah berjaya menyelesaikan 130 kes penipuan pekerjaan tidak wujud di seluruh negara.

“Kesemua suspek direman sehingga Ahad ini, manakala wanita hamil pula direman sehari,” katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sindiket tawar pekerjaan tidak wujud diserbu polis

IPOH – Tindakan licik sindiket penipuan tawaran pekerjaan dalam talian berjaya ditumpaskan dalam serbuan Op Khas ‘Calling Center’ di Aulong, Taiping, Rabu lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, serbuan di dua rumah sewa sekitar jam 1.30 petang itu membawa kepada penahanan 11 suspek termasuk seorang wanita hamil berusia 21 hingga 26 tahun.

Menurut beliau, sindiket yang dipercayai aktif sejak dua minggu lalu menyasarkan mangsa dalam kalangan warga tempatan dan Singapura.

“Dengan penahan tujuh lelaki dan empat wanita yang berperanan sebagai operator itu, polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 130 kes di seluruh negara.

“Modus operandinya, kumpulan ini menjalankan aktiviti penipuan melalui laman media sosial dengan membuka pusat operasi.

“Sindiket ini meminta mangsa membeli barang sebelum mempromosikan kepada pembeli lain dengan menjanjikan komisen antara tiga hingga 13 peratus dalam masa yang singkat,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pada Jumaat.

Tambah Azizi, pihaknya merampas pelbagai barangan dan menyita barangan berharga hasil daripada aktiviti penipuan dianggarkan bernilai RM500,000.

“Selain komputer riba dan 35 telefon bimbit, polis merampas 98 keping kad bank, empat keping bar emas dan 18 barangan kemas seperti cincin, loket dan rantai.

“Turut dirampas wang tunai RM1,600, seutas jam tangan jenama Fossil dan lima kereta pelbagai jenis,” katanya.

Azizi berkata, 10 suspek direman selama empat hari sehingga Ahad ini manakala wanita hamil tersebut direman sehari dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Masyarakat dinasihatkan agar tidak sesekali menekan pautan dan muat turun apa-apa aplikasi yang tidak diketahui sumbernya.

“Jangan sesekali membuat pembayaran bagi pihak orang lain yang tidak dikenali kerana ini mungkin boleh menyebabkan seseorang boleh terjebak dalam membantu sindiket melakukan aktiviti pengubahan wang haram,” katanya.

Sindiket tipu kerja tumpas, wanita hamil antara 11 ditahan

Polis menahan 11 ahli sindiket penipuan tawaran pekerjaan tidak wujud termasuk seorang wanita hamil dalam serbuan di dua rumah teres yang dijadikan pusat panggilan di Taiping.

IPOH: Polis menahan 11 ahli sindiket penipuan tawaran pekerjaan tidak wujud termasuk seorang wanita hamil dalam serbuan di dua rumah teres yang dijadikan pusat panggilan di Taiping, kelmarin.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata serbuan kira-kira jam 1.30 tengah hari itu berjaya menahan tujuh lelaki dan empat wanita berusia antara 21 hingga 26 tahun disyaki bekerja sebagai operator.

Katanya, sindiket itu menawarkan pekerjaan tidak wujud di media sosial dengan menyasarkan warga tempatan dan warga Singapura bagi memperdaya mangsa untuk menyerahkan wang.

“Sindiket ini meminta mangsa membeli barang sebelum mempromosikan kepada pembeli lain dengan menjanjikan komisen antara tiga hingga 13 peratus dalam masa singkat.

“Tangkapan ini berjaya menyelesaikan 130 kes penipuan yang dilaporkan di negara ini. Jumlah kerugian keseluruhan masih diteliti,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, di sini, hari ini.

Azizi berkata, 10 suspek direman empat hari sehingga Ahad ini, manakala suspek wanita yang sedang hamil direman sehari bagi membantu siasatan.

Katanya, polis turut merampas peralatan yang digunakan sindiket untuk menjalankan aktiviti pusat panggilan termasuk lima kenderaan, tujuh komputer riba, 35 telefon bimbit, 98 kad ATM milik orang lain serta barang kemas bernilai keseluruhan RM500,000.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan curangnya mendorong supaya harta diserahkan,” katanya.

警方逮11人孕妇也涉案 招聘诈骗集团瓦解

阿兹兹(右三)向媒体展示所起获的物品。

(怡保16日讯)警方前天展开“呼叫中心”特别行动,成功瓦解一个线上招聘诈骗集团,逮捕11人,其中1人还是孕妇,同时宣布侦破全国130宗电话诈骗投报。

霹雳州总警长拿督阿兹兹指出,当天武吉阿曼商业罪案调查局情报与行动组与霹雳州商业罪案调查组合作,在下午约1时30分突击搜查两间出租屋后,逮捕这批年龄介于21岁至26岁的嫌犯。

他说,11名嫌犯中,有者来自太平、吉辇、司南马及柔佛,警方目前还在调查该集团的幕后操纵者。

“随着7名男性及4名女性电话诈骗操作员被捕,警方也侦破全国130宗电话诈骗投报。”

他表示,才在太平活跃2周的集团,其目标是大马人和新加坡人。

阿兹兹今早在霹雳州警察总部召开记者会时说:“不法集团的作案手法是开设营运中心,然后通过社交媒体网站,进行欺诈活动。

“不法集团会要求受害者先购买商品,然后再将之推销给其他买家,并承诺会在短时间内,提供3%至13%的佣金。”

他指出,警方在行动中,充公了许多物品,包括7台手提电脑、1套电脑、1台平板电脑、35台手机、98张属于他人的提款卡、1600令吉现金、1枚手表、4个1克重的金条、各种金饰、5辆车、1张住家入屋卡及2套住家钥匙。充公物品总值估计达50万令吉。

他说,10名嫌犯将延扣4天至8月18日,而该名孕妇则被延扣1天。警方也将援引刑事法典第420条文(欺诈)调查此案。

2024.8.3 Pembabitan syarikat sebagai suspek termasuk menggunakan keldai akaun syarikat bagi kes penipuan pelaburan menunjukkan trend peningkatan, sejak dua tahun lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sebanyak 372 nama syarikat didaftarkan dalam portal SemakMule sehingga 31 Julai lalu.

372 syarikat dalam senarai Semak Mule, dalangi penipuan pelaburan, keldai akaun – Polis

KUALA LUMPUR: Kegiatan penipuan pelaburan oleh sindiket bertopengkan syarikat perniagaan termasuk mengguna akaun bank syarikat sebagai keldai akaun menunjukkan trend peningkatan dua tahun kebelakangan ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata setakat 31 Julai lalu, sebanyak 372 nama syarikat yang disyaki terbabit penipuan pelaburan didaftarkan di dalam portal Semak Mule.

Katanya, sejak 2022 hingga 31 Julai tahun ini, sebanyak 392 kertas siasatan dibuka JSJK Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan penipuan pelaburan oleh syarikat membabitkan kerugian lebih RM135.5 juta.

“Pada 2022, 100 kertas siasatan dibuka dengan kerugian RM22.7 juta dan pada 2023, 192 kertas siasatan dibuka dengan kerugian RM69.5 juta, manakala tahun ini sehingga 31 Julai lalu, 100 kertas siasatan dibuka dengan kerugian RM43.2 juta,” katanya kepada BH, hari ini.

Katanya, kemudahan Semak Mule ditambah baik sejak awal tahun ini yang mana orang ramai bukan sahaja boleh menyemak nombor telefon ‘scammer’ dan akaun bank keldai, malah nama syarikat keldai akaun dan syarikat terbabit penipuan pelaburan.

Mengulas lanjut, Ramli berkata penipuan pelaburan tidak wujud boleh berlaku secara bersemuka dan juga secara dalam talian.

“Bagi penipuan pelaburan bersemuka, mangsa akan terjebak apabila terpengaruh dengan penerangan yang diberi di dalam sesi taklimat yang dianjurkan sama ada di pejabat syarikat pelaburan mahupun di dewan yang ditempah oleh penganjur seperti di hotel.

“Terdapat juga mangsa penipuan pelaburan bersemuka terpengaruh dengan ajakan kenalan mahupun ahli keluarga yang telahpun mula menerima pulangan pelaburan.

“Di peringkat awal, pulangan pelaburan itu biasanya dibayar menggunakan wang pelaburan yang diterima daripada mangsa.

“Itu taktik yang selalu digunakan bagi membina kepercayaan seterusnya mendorong lebih ramai mangsa membuat pelaburan atau pelabur sedia ada menambah pelaburan mereka,” katanya.

Bagi penipuan pelaburan secara dalam talian, katanya kebiasaan mangsa terpedaya dengan pelbagai iklan pelaburan di media sosial seperti Facebook, Telegram, Instagram dan juga Tiktok.

“Ramai mangsa dimasukkan ke dalam kumpulan media sosial dan terpengaruh dengan hantaran ‘scammer’ yang turut menyamar sebagai pelabur dan memberi testimoni, kononnya berjaya mendapat pulangan lumayan daripada pelaburan mereka.

“Terdapat juga mangsa dimasukkan dalam kumpulan media sosial dengan memberi tip pelaburan yang betul pada peringkat awalnya dan selepas itu, ‘admin’ kumpulan atau ‘guru pelaburan’ mula memperkenal peluang pelaburan baharu.

“Ada juga yang menggunakan nama syarikat sebenar, konon akan disenaraikan dalam pasaran saham dalam masa terdekat bagi proses Tawaran Awam Permulaan (IPO) untuk mangsa membuat pelaburan,” katanya.

Dalam modus operandi sebegitu, katanya mangsa akan membuat bayaran pelaburan ke akaun keldai syarikat yang mana ada nama syarikat diguna sebagai keldai akaun itu menyerupai nama syarikat pelaburan antarabangsa.

“Terdapat juga kes penipuan pelaburan bermula dengan kenalan dalam talian yang mana selepas satu tempoh, kenalan alam maya itu memperkenalkan pula peluang pelaburan tidak wujud kepada mangsa.

“Majoriti mangsa penipuan pelaburan tidak akan sedar mereka ditipu sehinggalah mereka ingin membuat pengeluaran pelaburan dan selalunya ‘scammer’ akan meminta mangsa membuat lagi bayaran mengikut peratusan pengeluaran yang ingin dibuat,” katanya.

Penipuan pelaburan, 372 syarikat didaftarkan dalam SemakMule

Kuala Lumpur: Pembabitan syarikat sebagai suspek termasuk menggunakan keldai akaun syarikat bagi kes penipuan pelaburan menunjukkan trend peningkatan, sejak dua tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sebanyak 372 nama syarikat didaftarkan dalam portal SemakMule sehingga 31 Julai lalu.

Beliau berkata, pihaknya merekodkan 100 kertas siasatan penipuan pelaburan syarikat membabitkan kerugian lebih RM22.7 juta pada 2022 manakala 192 kertas siasatan dengan kerugian RM69.5 juta (2023), dan 100 kertas siasatan dengan kerugian RM43.2 juta tahun ini.

Katanya, penipuan pelaburan berlaku secara bersemuka dan dalam talian yang mana bersemuka, mangsa terpengaruh dengan penerangan dalam sesi taklimat dianjurkan di pejabat syarikat atau hotel, selain terpengaruh kenalan atau ahli keluarga yang menerima pulangan pelaburan peringkat awal.

“Bagi penipuan pelaburan dalam talian, mangsa selalunya terpedaya iklan di media sosial. Ramai mangsa dimasukkan ke dalam kumpulan sosial terpengaruh dengan hantaran ‘scammer’ yang turut menyamar sebagai pelabur kononnya sebagai testimoni yang berjaya mendapat pulangan lumayan.

“Ada juga yang memberi tip pelaburan betul pada peringkat awalnya dan selepas tempoh sekurang-kurangnya sebulan ‘admin’ kumpulan atau ‘guru pelaburan’ berkenaan akan memperkenalkan peluang pelaburan baharu atau menggunakan nama syarikat yang akan disenaraikan dalam saham pra-tawaran awam permulaan (IPO) untuk mangsa membuat bayaran pelaburan ke akaun keldai syarikat.

“Majoriti mangsa tidak akan sedar ditipu sehinggalah mereka ingin membuat pengeluaran pelaburan yang mana selalunya ‘scammers’ akan meminta mangsa membuat lagi bayaran mengikut peratusan pengeluaran ingin dibuat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ramli berkata, sebanyak 3,293 kes penipuan pelaburan membabitkan kerugian RM405.1 juta direkodkan pihaknya tahun ini setakat 31 Julai berbanding 5,554 kes dengan kerugian RM475.4 juta (2023) dan 3,294 kes dengan kerugian RM217.9 juta (2022).

Katanya, Selangor merekodkan kes tertinggi iaitu 709 kes membabitkan kerugian RM115.5 juta diikuti Kuala Lumpur (455 kes, RM85.2 juta); Johor (368 kes, RM31.3 juta); Pulau Pinang (241 kes, RM42.9 juta); dan Perak (235 kes, RM32.0 juta).

Selain itu, kata beliau, Negeri Sembilan merekodkan 191 kes membabitkan kerugian RM13.0 juta manakala Melaka (187 kes, RM18.1 juta); Pahang (187 kes, RM8.2 juta); Kedah (174 kes, RM11.1 juta); Sabah (173 kes, RM17.1 juta); Sarawak (135 kes, RM16.1 juta); Terengganu (109 kes, RM10.2 juta); Kelantan (90 kes, RM3.8 juta) dan Perlis (39 kes, RM509,000).

警方:372公司列涉投资诈骗 截至7月国人被骗逾4亿

(吉隆坡4日讯)商业罪案调查局总监拿督斯里南利尤索夫指出,警方在过去7个月接获逾3000宗有关投资骗局的投报,另外共有372家公司被“Semak Mule”查证钱骡系统列为涉及投资诈骗活动的单位。

南利尤索夫在接受《大马前锋报》访问时表示,从2022年至今年7月31日,警方一共开档调查392宗投资诈骗案,涉及的损失金额高达1亿3550万令吉。

他指出,2022年全年有100宗投报,所涉及的损失金额达2270万令吉;而单单在2023年,警方就开档调查192宗投资骗局,涉及6950万令吉的损失金额。

至于今年首7个月则有100宗投报,涉及4320万令吉的损失金额,显示投资骗局的数量和损失金额有逐年上升的趋势。

南利尤索夫表示,犯罪分子寻找受害者的作案手法多元,包括面对面、在网络上宣传投资计划等。

他说,面对面的方式大多涉及受害者的熟人或家人,他们可能在投资早期获得回报,受害者受到他们的影响而对相关投资深信不疑,又或者是在办公室或酒店举办的简报会上获得相关资讯。

至于网络投资诈骗,则是受害者被社交媒体上的投资广告所骗。受害者一般会被加入一个社媒群体,接着骗子就会冒充投资者,假装投资成功并获得丰厚回酬,吸引受害者上当。

“尽管当中一些受害者也会在初始阶段获得正确的投资提示,但一个月后,投资群组的‘管理员’或‘投资大师’会介绍新的投资机会,或使用将在首发股票(IPO)前上市的公司名称,说服受害者进行投资,并让他们汇款到公司名称的钱骡银行户头。”

南利尤索夫指出,受害者一般都是在想要提取投资款项时才警觉上当,因为当他们想要提取款项时,骗子会要求他们根据想要提取的款项预支一笔金额,受害者最终发觉一直拿不到钱后,才会发觉受骗。

另一方面,南利尤索夫在接受《每日新闻》访问时也指出,截至今年7月31日,警方一共接获3293宗涉及投资骗局的投报,损失金额高达4亿500万令吉,超越2022年全年的3294宗投报以及2亿1790万令吉。

至于2023年全年,警方则接获5554宗投报,损失金额高达4亿7540万令吉。

其中,雪兰莪州的投报最多,共有709宗,涉及损失金额1亿1550万令吉;其次是吉隆坡,共455宗投报,损失金额达8520万令吉。

所有涉及诈骗的案件都会在刑事法典第420条文(欺骗)展开调查,警方会在完成调查后将报告呈交给副检察司。

2024.7.25 Baru berusia 14 dan 16 tahun tetapi sudah menikmati gaji bernilai RM3,500 sebulan, hasil bekerja sebagai ‘operator’ (pengendali) dengan sindiket penipuan kerja dalam talian.

Jadi ‘operator’ scam kerja, remaja 14 tahun nikmati RM3,500 sebulan

Ramli menunjukkan barang kes yang dirampas ketika serbuan di kediaman sekitar ibu negara Isnin lalu.

KUALA LUMPUR – Baru berusia 14 dan 16 tahun tetapi sudah menikmati gaji bernilai RM3,500 sebulan, hasil bekerja sebagai ‘operator’ (pengendali) dengan sindiket penipuan kerja dalam talian.

Pekerjaan dua remaja lelaki dan dua remaja perempuan itu terbongkar apabila ditahan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman termasuk lima lelaki warga China menerusi serbuan di sebuah premis kediaman di Sungai Besi, di sini, Isnin lalu.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kesemua suspek berusia berusia lingkungan 14 hingga 40 tahun dipercayai berperanan sebagai operator panggilan dan pengurus data.

Katanya, sebanyak 18 telefon bimbit, empat komputer riba, lima set komputer, satu rangkai anak kunci beserta kad akses, satu set skrip perbualan, satu router dan satu beg bagasi telah dirampas.

“Berdasarkan siasatan, sindiket ini disyaki memulakan operasi sekitar Januari tahun inidan mengendalikan platform ‘LEHUIGOUA’ yang digunakan sebagai laman web yang menyerupai platform e-dagang sebagai tempat yang sah untuk membeli barang atau perkhidmatan namun hakikatnya ia adalah muka hadapan untuk skema penipuan yang lebih besar.

“Sasaran sindiket ini mangsa dalam kalangan rakyat China sementara platform ini mendakwa berkolaborasi dengan platform e-dagang terkenal seperti Taobao, Tmall dan JD.com.

“Melalui skrip komunikasi mereka, sindiket ini mendakwa mangsa-mangsa berpeluang untuk mendapatkan komisen hasil penjualan barangan. Mangsa yang berminat bekerja melalui
platform ini akan dimasukkan di dalam kumpulan Telegram dan segala komunikasi serta arahan diberikan melalui kumpulan tersebut,” katanya ketika sidang akhbar di Menara KPJ, di sini, hari ini.

Menurut Ramli, komisen yang dijanjikan sindiket adalah berubah-ubah dari 0.3 peratus hingga 0.6 peratus dengan janji untuk memperoleh pendapatan tinggi sering digunakan sebagai umpan.

“Siasatan setakat ini turut mendapati, sindiket ini mempunyai akses terhadap akaun mangsa di platform tersebut. Ini membolehkan mereka mengubah data seperti kredit dan keuntungan serta sering menunjukkan kewujudan transaksi palsu bagi menarik kepercayaan mangsa.

“Lima daripada sembilan individu yang ditahan sedang direman sehingga esok manakala empat yang lain (remaja) telah dibebaskan dengan jaminan polis. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

为诈骗集团打工 4大马青年5中国男子落网
武吉阿曼商业罪案调查局总监拿督斯里南利尤索夫在新闻发布会上讲话。

(吉隆坡25日讯)4名未成年男女为了3500令吉月薪,甘为诈骗集团工作,最终连同5名中国籍男子一并被捕。

武吉阿曼商业罪案调查局总监拿督斯里南利尤索夫指出在新闻会上说,9名嫌犯年龄介于14至40岁,他们皆在诈骗集团设立的呼叫中心当操作员,其中4名本地男女分别14和16岁。

警方是于本月22日根据情报突击新街场一间住家单位时逮捕嫌犯,并起获18部手机、4台手提电脑、5台桌面型电脑、一串钥匙和通行卡以及一份聊天剧本等。

他说,警方目前援引刑事法典第420(欺骗)条文展开调查,5名被捕的中国男子被延扣至明天,而4名未成年男女则已获警方口头保释。

他指出,初步调查发现此诈骗集团自今年1月开始活跃,目标皆为中国人。

他指出,此诈骗集团设计一个名为“LEHUIGOUA”的电商平台,假称与著名电商平台如“淘宝”、“天猫”、“JD.com”有合作关系,以吸引民众加入刷单兼职工作。

他说,有兴趣工作者将会被加入一个Telegram群组,并声称只要依据指示刷单购物,便可轻松赚取0.3至0.6%佣金。

“警方查悉此诈骗集团拥有登入受害者平台账号的权限,可以随意篡改账户的资料如收入金额,捏造交易记录骗取受害者的信任。”

2024.7.23 Skim pelaburan Pimco tipu orang ramai, libatkan kerugian RM21 juta – Polis

Skim pelaburan Pimco tipu orang ramai, libatkan kerugian RM21 juta – Polis

Ramli menunjukkan senarai ahli-ahli kumpulan sindiket pelaburan Pimco pada sidang media di Menara KPJ, di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis mengesan sebuah syarikat yang ditubuhkan bagi menipu orang ramai menerusi pelaburan secara dalam talian hingga membabitkan kerugian lebih RM21 juta.

Pendedahan dibuat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf yang memberitahu, itu adalah taktik yang digunakan sindiket skim penipuan pelaburan yang dikenali Pimco.

Beliau berkata, pihaknya telah menerima sebanyak 48 laporan di seluruh negara berhubung kegiatan itu.

“Berdasarkan siasatan dilakukan, sindiket ini dipercayai aktif mengiklankan pelaburan melalui Facebook sejak Mac lalu dengan menawarkan perkhidmatan urus niaga saham syarikat Malaysia, Taiwan dan China.

“Pelabur yang berminat akan dihubungi dan dimasukkan ke kumpulan WhatsApp pelaburan terbabit sebelum diminta memuat turun aplikasi T Rowe untuk mendaftar sebagai ahli,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JSJK di Menara KPJ, di sini, hari ini.

Menurut Ramli, sebaik pendaftaran dibuat, pelabur akan dihubungi oleh sindiket dan diarahkan untuk membuat pembayaran ke beberapa akaun syarikat bagi memulakan pelaburan.

Ujarnya, pelabur turut dijanjikan pulangan lumayan sehingga 400 peratus daripada jumlah pelaburan yang dilakukan.

“Selepas pelaburan dibuat, mangsa dimaklumkan bahawa pelaburan itu menjana keuntungan tetapi, kemudian diarahkan membuat pelbagai bayaran tambahan bagi mengeluarkan keuntungan sebelum mereka menyedari ditipu,” jelasnya.

Bertindak atas laporan diterima, beberapa serbuan dilancarkan di ibu kota, Selangor, Melaka, Pahang, Johor dan Sarawak pada 15 Julai lalu.

“Dalam serbuan itu, kami menahan tiga lelaki dan tiga wanita berusia antara 31 hingga 54 tahun yang dipercayai terbabit dengan kegiatan berkenaan.

“Kesemua yang ditahan adalah disyaki sebagai pemilik syarikat dan setiausaha syarikat yang digunakan sebagai keldai akaun oleh sindiket terbabit…kami turut merampas dua telefon bimbit dalam serbuan itu,” tegasnya.

Katanya lagi, tindakan turut diambil mengikut Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

“Berdasarkan tindakan itu, kami berjaya membekukan sebanyak 15 akaun bank dengan nilai RM474,395, setakat ini.

“Justeru, kami menyeru sekiranya ada individu lain menjadi mangsa penipuan sindiket ini supaya tampil membuat laporan polis.

Tambahnya, siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung sindiket terbabit mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan.

诈骗集团冒用PIMCO公司 数月诈骗2102万
南利指6名男女涉嫌提供户头给冒用PIMCO名义的诈骗集团。

(吉隆坡23日讯)诈骗集团冒用太平洋投资管理公司PIMCO的名义,于今年3月起以每月可获400%的回酬,诱骗来自本地、中国及台湾的投资人,并在短短数月内,骗走高达2102万令吉!

警方接获受骗者投报后展开行动,迄今逮捕6名钱骡及冻结15个银行户头助查。

武吉阿曼商业罪案调查局总监拿督斯里南利今日召开记者会时指出,警方目前共接获48宗有关诈骗集团冒用PIMCO公司名义行骗的投报。

他说,警方于本月15日在吉隆坡、雪兰莪、马六甲、彭亨、柔佛及砂拉越,逮捕来自本地的3男3女(年龄介于31至54岁)。

南利指出,警方调查显示,诈骗集团于今年3月起,开始在社交媒体脸书投放广告,声称能提供马来西亚、中国及台湾等国家及地区的股票交易服务,并且能赚取每月高达400%的回酬。

“一旦受害者有兴趣投资,就会被加入WhatsApp投资群里,并且在诈骗客服的要求下,通过链接下载名为‘T Rowe’的应用程式,之后注册成为投资会员,就能根据指示进行投资。”

他指出,诈骗客服会让受害者将投资资金转入多个不同的公司户头进行投资,然而当受害者欲提取盈利时,就会被要求支付各种额外费用,直到无法支付才惊觉被骗。

他说,随着6名钱骡的落网,警方援引2001年反洗黑钱、反恐融资及非法活动收益法令第44(1)条文冻结15个银行户头,涉及金额为47万4395令吉。

“警方援引刑事法典第420(欺骗)条文调查此案,此外警方相信还有更多受害者受骗,因此呼吁尚未报案的受害者前往警局报案。”


评论

发表回复

您的电子邮箱地址不会被公开。 必填项已用 * 标注