Malaysia! Penganiayaan Seksual Kanak-kanak 2025.1.17-1.19

2025.1.19 性犯罪80%受害者为孩童 去年激增至6415宗
(槟城18日讯)武吉阿曼性罪案、虐童及家暴调查组(D11)主任茜蒂甘希雅高级助理总监说,大马性犯罪案件在过去10年有持续上升迹象,去年激增至6415宗,其中约80%的受害者为孩童。
“相信这些数据外,还有更多还未报案处理的案件。”
她说,性犯罪案件多通过交友软件、网上游戏等平台作为媒介接近目标人物,这些网络平台也变成儿童性虐待材料(CSAM)传播的渠道。
“也有嫌犯在首次伤害受害者时录下视频,并以传播CSAM为由威胁受害者换取性行为。此外也有通过有影响力的人物包括,老师、公众人物、偶像等群体实施儿童性诱骗,对儿童进行性犯罪行为。”
“这说明我国社会有一些将儿童作为实施伤害的目标人群,施害者通过暗网或网络平台接触孩童,现在网络平台已成为性犯罪传播的媒介,通过网络接触后,再引到现实中实施人身犯罪。”

2025.1.17 Dua Lelaki Mengaku Salah Miliki Bahan Penganiayaan Seksual Kanak-kanak

JOHOR BAHRU, 17 Jan (Bernama) — Dua lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak di dalam komputer masing-masing, bulan lepas.

Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim bagaimanapun menetapkan 13 Feb iniuntuk mendengar fakta kes, sebelum menjatuhkan hukuman terhadap Lim Xin Yi, 31, dan Goh Kien Yoong, 37.

Lim, bekas pemandu e-hailing didakwa atas dua pertuduhan mempunyai bahan itumelibatkan 1,961 keping gambar dan 400 video di dalam sebuah unit pemprosesan pusat (CPU) komputer serta 211 keping gambar di dalam sebuah lagi CPU komputer di Taman Skudai Baru di sini, pada 10.30 malam, 23 Dis 2024.

Goh, yang bekerja sendiri didakwa memilikibahan berkenaan melibatkan 211 keping gambar dan satu video di dalam sebuah komputer riba di Taman Bukit Indah 2, Iskandar Puteri, pada 9 malam, tarikh sama.

Kesemua pertuduhan dikemukakanmengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi setiap satu pertuduhan dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapordiri ke balai polis berhampiran setiap bulan selain pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Pendakwaan dikendalikanTimbalan Pendakwa Raya Nur Farah Wahida Shahudinmanakala Lim dan Goh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, Lim didenda RM5,000 atau penjara lima bulan oleh Majistret A.Shaarmini selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menyimpan gambar dan video lucah,mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan tiga tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Taman Skudai Baru pada 10.30 malam, tarikh sama.

Goh yang turut didakwa di Mahkamah Majistret berasingan didenda RM5,000 atau penjara 12 bulan oleh Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudinselepas mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki gambar dan video lucah di dalam telefon bimbitnya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Taman Bukit Indah 2, pada 9 malam, tarikh samadan pertuduhan dikemukakan mengikutSeksyen 292(a) Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikanTimbalan Pendakwa RayaNur Fatihah Mohd Nizam dan R. Nevina, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

评论

发表回复

您的邮箱地址不会被公开。 必填项已用 * 标注