Malaysia! Suspek kes cabul kanak-kanak di masjid direman seminggu, Tipu pelaburan saham didalangi Datuk: 32 laporan diterima babit kerugian RM1.398 juta, Ibu tiga anak maut dipercayai dibunuh kekasih, ‘Man Tiger’ claims trial to attempted murder of married couple in Simpang Renggam shooting, Lambat keluar selepas beli nasi ayam punca suami tampar isteri, Lelaki mengaku salah bakar lima motosikal dipenjara 12 tahun, Tiga selebriti dipanggil SPRM minggu ini, Hampir 20,000 murid sekolah terjebak penggunaan vape rokok elektronik, Johor drug offender serving jail term claims trial for alleged attempt to bribe policeman, From dramatic 2024 KLIA shooting to Kota Baru arrest: Travel agency manager pleads guilty to firearm possession faces 14 years in jail and caning 2025.2.2-2.23

Kejadian bunuh yang berlaku di bilik atas rumah teres dua tingkat di Taman Seri Mangga Seksyen 1, Pokok Mangga, di sini, pada pagi Ahad.
2025.2.23 Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
MELAKA – Seorang penyanyi sambilan yang juga ibu kepada tiga anak ditemukan mati dipercayai dibunuh teman lelaki di sebuah rumah sewa di Taman Seri Mangga Seksyen 1, Pokok Mangga, di sini, pada pagi Ahad.
Dalam kejadian jam 11 pagi, mangsa berusia 52 tahun dan telah menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan dalam keadaan terbaring atas katil.
Teman serumahnya yang enggan dikenali berkata, dia menyedari mangsa bersama suspek tidak keluar bilik sejak Jumaat lalu dan terdengar suara orang menahan kesakitan namun tidak mengesyaki apa-apa-apa pada malam Sabtu.
Menurutnya, namun pada pagi Ahad dia kemudian berasa curiga kerana pasangan kekasih itu masih tidak keluar bilik lalu mengetuk pintu bilik mangsa sebelum lelaki terbabit membuka pintu bilik.
“Namun lelaki itu hanya buka sedikit sahaja pintu ditambah pula keadaan bilik mangsa ketika itu agak gelap dengan tingkap ditutupi langsir.
“Jadi saya tak nampak apa berlaku, cuma ternampak mangsa terbaring atas katil dan suspek memberitahu mangsa sedang tidur,” katanya ketika ditemui di lokasi di sini, pada Ahad.
Jelasnya, dia berasa curiga dan kemudian menghubungi seorang lagi rakan mangsa yang sering membantu menghantar mangsa pergi menyanyi sebelum dia menghubungi polis.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati kehadiran Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Asisten Komisioner Leow Kian Heong dan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit.
Bagaimanapun sehingga kini polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kejadian itu.
2025.2.23 Tipu pelaburan saham didalangi Datuk: 32 laporan diterima babit kerugian RM1.398 juta

KUALA LUMPUR – Sebanyak 32 laporan polis melibatkan kerugian lebih RM1.398 juta diterima berkaitan kes penipuan pelaburan saham didakwa didalangi seorang individu bergelar Datuk setakat ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kesemua laporan terbabit diterima pihaknya daripada beberapa individu yang menjadi mangsa penipuan pelaburan sebuah syarikat sejak 19 Januari lalu.

“Sebanyak 15 kertas siasatan dibuka dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan berhubung laporan yang dibuat kesemua mereka yang mendakwa menjadi mangsa penipuan pelaburan berkenaan,” katanya pada Ahad.

Katanya, siasatan awal mendapati syarikat ini ditubuhkan 24 Februari 2022 lalu.

“Semakan turut mendapati syarikat ini memiliki dua pengarah termasuk seorang individu bergelar Datuk.

“Individu ini dipercayai dilantik sebagai pengarah pada 10 Mei 2022 lalu,” katanya.

Menurutnya, semakan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat itu mempunyai modal berbayar RM6.9 juta.
“Selain itu, syarikat ini turut mempunyai seramai 179 pemegang saham melibatkan 175 individu dan empat syarikat.

“Semakan mendapati 11 daripada 15 individu yang membuat laporan berdaftar sebagai pemegang saham,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seramai 65 individu mendakwa menjadi penipuan individu bergelar Datuk berhubung pelaburan saham membabitkan kerugian kira-kira RM2.5 juta.

Kesemua individu terbabit tampil membuat aduan kepada Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO)

Sementara itu, Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, individu serta syarikat berkenaan didakwa menawarkan program pelaburan saham biasa kepada pelabur awam tanpa sebarang prospektus.

Syarikat berpengaruh itu dipercayai menawarkan program pelaburan (pre-IPO) didakwa bersifat meragukan dan tidak melakukan sebarang aktiviti pelaburan seperti dimaklumkan kepada mangsa.

2025.2.22 Suspek kes cabul kanak-kanak di masjid direman seminggu
Seorang remaja lelaki yang disyaki terbabit dalam kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di masjid di Batang Kali, Selangor semalam, direman seminggu bermula pada hari ini.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata tempoh tahanan reman terhadap lelaki tempatan berumur 19 tahun itu diperoleh di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Baharu pagi tadi.
“Siasatan awal mendapati lelaki terbabit tidak mengenali mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Berhubung dakwaan lelaki terbabit memiliki kad Orang Kurang Upaya (OKU), Hussein berkata pihaknya belum mendapat pengesahan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat berkaitan perkara itu.
Semalam, tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki berkopiah putih menyelinap masuk ke ruang solat wanita sebelum memeluk seorang kanak-kanak dari arah belakang ketika sedang bersujud dan melarikan mangsa tanpa disedari jemaah lain.
Lelaki itu juga dilihat bergelut untuk cuba mencabul mangsa sebelum melarikan diri selepas mangsa melawan.
Susulan kejadian itu, lelaki terbabit ditahan di kediamannya yang terletak kira-kira satu kilometer dari masjid terbabit pada 10 pagi semalam.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor Azmir Kassim ketika dihubungi berkata semakan mendapati lelaki terbabit memiliki kad OKU kerana mengalami masalah pembelajaran.
“Hasil pemeriksaan kita mendapati lelaki itu memang mempunyai kad OKU Learning Disability (masalah pembelajaran) sejak kecil lagi,” katanya.

Catering worker Abdurrahman Abdullah, 33, (centre), also known as Man Tiger, pleaded not guilty at the Sessions Court to two charges of attempted murder by discharging a firearm at a married couple in Machap.
2025.2.21 ‘Man Tiger’ claims trial to attempted murder of married couple in Simpang Renggam shooting
KLUANG, Feb 21 — A 33-year-old alleged gunman claimed trial at the Sessions Court here today to two counts of attempted murder by discharging a firearm at a married couple in Kampung Bukit Batu Machap in Simpang Renggam last week.
The accused, Abdurrahman Abdullah, also known as “Man Tiger”, pleaded not guilty after the charge was read out by an interpreter before Judge Mujib Saroji.
According to the charge sheet, the accused, along with two other accomplices still at large, fired a gun at Dian Yulandi Suboh, 37, and Ahmad Fadhullah Mohamed, 38, which could have caused their deaths.
The offence was allegedly committed in the compound of a house in Kampung Bukit Batu, Machap, at 12.17pm on February 10.
Abdurrahman was charged under Section 307 of the Penal Code for attempted murder, read together with Section 109 of the same Code for abetment, which carries a maximum prison sentence of 10 years if convicted.
The prosecution was conducted by police prosecutor Inspector Suniza Nan Yan, while the accused was represented by counsel Kent Tan Chow Teng.
Suniza objected to bail, citing the severity of the offence and the public attention it had received due to widespread social media coverage.
However, Tan urged the court to consider bail, arguing that the accused was the primary caregiver for an ailing relative and his sister in Simpang Renggam and had an unstable income as a catering worker with estimated monthly salary of only RM2,300.
Judge Mujib denied bail and set March 20 for case mention and document submission.
Police arrested Abdurrahman in Simpang Renggam following the February 10 incident. Investigations revealed that he had 27 prior records related to crime and drugs.
Johor police chief Datuk M. Kumar last night said that four other men, aged 34 to 41, were arrested on Monday in Kampung Melayu Majidee, Johor Baru. A firearm, a replica gun, two stolen motorcycles, tools, suspected drugs, and six mobile phones were seized.
The suspects are remanded until Sunday for investigations under the Firearms (Increased Penalties) Act 1971 and Section 307 of the Penal Code.
The accused Hafizul Hawari (in face mask and orange trousers) was under heavy police escort while on the way to the Sepang Court for prosecution on April 25,2024.
2025.2.19 From dramatic 2024 KLIA shooting to Kota Baru arrest: Travel agency manager pleads guilty to firearm possession, faces 14 years in jail and caning
KOTA BARU, Feb 19 — A manager of a travel agency, Hafizul Hawari, 38, changed his plea to guilty in the Sessions Court here today to seven charges, including for possession of a firearm.
He had pleaded not guilty on the seven charges when they were first read out to him on April 24 last year before Judge Zulkifli Abllah, who then set this Tuesday (Feb 25) to hear the facts of the case and for sentencing.
On the first count, he was charged with unlawful possession of a Glock 19 Austria pistol, an offence under Section 8 of the Firearms (Increased Penalties) Act 1971 which provides a sentence of up to 14 years in prison and a minimum of six lashes of the cane, if convicted.
For the second charge, he was accused of possessing 33 rounds of PMC 380 AUTO bullets without a valid licence under Section 8(a) of the Firearms Act 1960 (Act 206), punishable under the same section and faced a maximum sentence of seven years in prison or a fine not exceeding RM10,000, or both, if convicted.
On the third count, Hafizul was charged with possessing a clear plastic package containing ball-shaped firecrackers without a permit, an offence under Section 8 of the Explosives Act 1957, which provides a maximum sentence of seven years in prison or a fine of RM10,000, or both upon conviction.
On the fourth to the sixth counts, he was charged with possession of three identification cards belonging to three individuals aged 29, 34, and 35, respectively, under Regulation 25(1)(o) of the National Registration Regulations 1990.
Hafizul was also charged under Section 108(3)(f) of the Road Transport Act 1987 with driving a white Honda Civic car with a fake registration number.
The offence provides a maximum fine of RM20,000 or imprisonment for up to five years, or both upon conviction.
All the offences were allegedly committed in a Honda Civic car in the compound of a private hospital here at about 3 pm on April 15 last year.
The accused Samsuri Arijan pleaded not guilty at the Johor Baru Sessions Court today for attempting to bribe a policeman for a drug offence last year.
2025.2.19 Johor drug offender serving jail term claims trial for alleged attempt to bribe policeman
JOHOR BARU, Feb 19 — A 48-year-old convicted drug offender, currently serving a two-year prison sentence for drug-related offences, claimed trial at the Sessions Court here today for allegedly attempting to bribe a policeman in Segamat last year.
The accused, Samsuri Arijan, pleaded not guilty when the charge was read out before Judge Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.
According to the charge sheet, Samsuri is accused of offering a police sergeant RM3,700 as an inducement for his release from a drug possession case.
The offence was allegedly committed at 6.55pm on October 14 at the Segamat district police headquarters.
Samsuri was charged under Section 17(b) of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Act 2009, which carries a penalty of up to 20 years’ imprisonment and a fine of not less than five times the value of the bribe or RM10,000, whichever is higher, upon conviction.
MACC prosecuting officer Muhammad Faizal Kamaruzaman urged the court to deny bail, noting that the accused is currently serving a two-year prison sentence, along with three strokes of the cane, at Kluang Prison since February 6.
The court agreed to the prosecution’s request and denied bail.
Judge Ahmad Kamal set March 19 for the case to be mentioned, during which documents will be submitted, and legal counsel for the accused will be appointed.
Samsuri was previously convicted on four charges of drug offences under Section 6 and Section 39A of the Dangerous Drugs Act 1952.
2025.2.4 Hampir 20,000 murid sekolah terjebak penggunaan vape, rokok elektronik – KPM

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) mendedahkan peningkatan dalam trend penggunaan rokok elektronik atau vape membabitkan murid sekolah dengan 20,000 golongan itu terjebak kegiatan terbabit tahun lalu.

Timbalan Menterinya, Wong Kah Woh berkata angka itu diperoleh berdasarkan statistik yang direkodkan dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM).

Berdasarkan data itu, beliau mendapati trend penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan murid sekolah di bawah KPM menunjukkan peningkatan.

“Bagi vape kami tidak menafikan bahawa menandakan satu trend yang meningkat. Pada 2024, sebanyak 19,450 murid dilaporkan terbabit .

“Ini merupakan 0.38 peratus daripada jumlah keseluruhan murid di bawah KPM,” katanya pada sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) yang meminta KPM menyatakan statistik pembabitan murid sekolah dengan rokok elektronik atau vape.

Tambah Kah Woh lagi, pada tahun lalu juga, trend merokok dalam kalangan murid sekolah mencatatkan penurunan.

Mengikut data SSDM, beliau berkata 3,704 murid bersamaan 0.07 peratus daripada keseluruhan murid dikesan terjerumus dalam kegiatan merokok.

“Untuk semua kes yang saya nyatakan, boleh nampak bahawa trend murid terlibat dalam merokok menurun, tetapi untuk vape adalah meningkat.

“Untuk semua kes terbabit ini juga, (KPM) melalui sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah mengambil tindakan terhadap murid berkenaan dengan berpandukan garis panduan dan juga surat siaran yang sedia ada.

“Saya mohon kerjasama semua pihak termasuk masyarakat dan ibu bapa agar bantu KPM dalam meningkatkan kesedaran tentang keburukan bahaya rokok elektronik dan vape ke atas anak-anak kita,” katanya.

2025.2.3 Tiga selebriti dipanggil SPRM minggu ini

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu ini.

BH difahamkan, siasatan itu akan dilakukan oleh Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML).

Sumber turut mengesahkan, selain penyanyi terkenal, seorang ikon inspirasi juga akan dipanggil berhubung siasatan Ops Sky yang dijalankan bersama Bank Negara (BNM).

Semalam, BH melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan pihaknya akan memanggil beberapa selebriti termasuk artis terkenal yang dikaitkan dengan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky.

Katanya, daripada keterangan dan semakan kewangan yang diperoleh, selebriti-selebriti ini menerima bayaran sekitar RM150,000 hingga RM400,000 untuk tempoh satu hingga dua tahun sebagai duta syarikat.

Azam juga berkata, SPRM turut mengesan terdapat bayaran turut dibuat untuk tajaan konsert dan gubahan lagu khas bagi pihak sindiket itu.

Siasatan terhadap selebriti berkenaan susulan penahanan sekurang-kurangnya 27 individu termasuk lapan pengarah syarikat dan 18 pegawai bank oleh AML dalam Ops Sky hasil kerjasama BNM.BH difahamkan, selebriti-selebriti ini dibayar hingga ratusan ribu ringgit sebagai wajah untuk meyakinkan orang ramai bagi menggunakan perkhidmatan mereka.

Melalui Ops Sky juga, SPRM mendedahkan sejumlah RM700 juta pinjaman bank diluluskan kepada peminjam yang kemudian terjerat dengan sindiket yang kononnya menawarkan bantuan kewangan, tetapi mengaut sekurang-kurangnya 35 peratus daripada jumlah pinjaman yang diluluskan bank-bank pada satu masa.

Sejak tiga minggu lalu, SPRM menumpaskan kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan dengan pegawai bank di beberapa institusi kewangan.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan ketiga-tiga selebriti yang dikaitkan itu akan dipanggil oleh pegawai penyiasat minggu ini.

Beliau berkata, pihaknya akan memaklumkan tarikh sebenar kesemua mereka akan dipanggil.

“Ya benar mereka akan dipanggil minggu ini dan beberapa daripadanya sudah mengeluarkan kenyataan,” katanya yang tidak memaklumkan siapa tiga selebriti yang sedang disiasat itu.

2025.2.2 Lambat keluar selepas beli nasi ayam punca suami tampar isteri
SEPANG: Gara-gara lambat keluar dari pusat beli-belah selepas membeli nasi ayam menjadi punca seorang wanita ditampar suaminya dalam kejadian di Kota Warisan baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, suspek yang ditahan pada Sabtu direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, permohonan reman itu dibenarkan Mahkamah Majistret Telok Datok, Kuala Langat bermula hari ini.
“Suspek dipercayai tidur dalam kereta selama menghilangkan diri ketika dikesan pihak polis.
“Siasatan mendapati ketika kejadian mangsa dipercayai membeli nasi ayam di dalam pusat beli-belah berkenaan. Mangsa didakwa lewat keluar mengakibatkan suspek berang sebelum bertindak menampar mangsa,” katanya.
Sebelum ini tular satu rakaman video berdurasi 29 saat memaparkan seorang wanita berjalan keluar dari pusat beli-belah sambil memegang bungkusan plastik, sebelum seorang lelaki menghampiri dan menamparnya di khalayak ramai.
Selepas kejadian tular itu, lelaki terbabit telah membawa isteri dan anaknya tidur di Nilai, Negeri Sembilan sebelum menghantar mereka pulang.
Suami mangsa bagaimanapun keluar semula dari rumah dan tidak pulang selepas itu dipercayai takut ditahan pihak polis.

2025.2.2 Lelaki mengaku salah bakar lima motosikal dipenjara 12 tahun
Mahkamah jatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atas Afif Jazimin bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 20 Januari lalu.

BALING: Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Baling, hari ini, atas kesalahan membakar lima motosikal milik penduduk kampung.

Tertuduh, Afif Jazimin Jamaluddin, 23, yang berasal dari Kampung Pisang, Kupang, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Najwa Che Mat.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan khianat api dengan membakar motosikal jenis Modenas Kris, SM Sport dan Honda EX5 sehingga menyebabkan kerosakan harta penduduk di Kampung Pisang, Kupang, jam 3.30 pagi, 24 Disember lalu.

Tertuduh turut didakwa melakukan perbuatan sama apabila membakar motosikal jenis Honda EX5 di Kampung Jerai, Kupang dan Modenas Kriss di Kampung Hangus, Kupang, pada jam 3.15 pagi dan 3.30 pagi, pada 27 Disember dan 2 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun dan denda.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirul Halimi Md Salleh dan tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Intan Nursyafina Baharudin.

Intan Nursyafina dalam rayuannya meminta hukuman penjara ke atas anak guamnya berjalan serentak dari tarikh tangkapannya berikutan tertuduh membuat pengakuan bersalah yang menjimatkan masa mahkamah.

Selain itu, tertuduh yang tidak bekerja masih mempunyai ibu bapa berusia 43 dan 52 tahun yang memerlukan perhatiannya.

Hakim Najwa kemudian menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atas tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 20 Januari lalu.

Astro AWANI sebelum ini melaporkan berlaku siri kebakaran yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk sekitar Kupang, sejak hujung tahun lalu.

Suspek yang dipercayai mencetuskan sekurang-kurangnya sembilan kejadian kebakaran, bagaimanapun berjaya ditangkap polis pada 20 Januari lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh sebelum ini berkata, siasatan dilakukan pihaknya mendapati suspek berusia 23 tahun mengaku membakar rumah dan motosikal dengan nilai kerugian dianggar berjumlah RM770,000.

Tertuduh dilaporkan bertindak demikian atas rasa dendam kerana mendakwa dibuli di tempat kerja dan dipulau penduduk setempat.

评论

发表回复

您的邮箱地址不会被公开。 必填项已用 * 标注

More posts